Wednesday, December 28, 2011

Burung


Mari kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ). Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan. 

Burung

Ayam Serama

            Memelihara burung  terutama burung merbok mahupun burung tekukur merupakan salah satu kegemaran masyarakat di sini sejak dari dahulu lagi. Memiliki burung yang bersuara merdu menjadi idaman dan kebanggaan pemilik burung tersebut.
Kini diadakan Pertandingan Seni Suara Burung, terutamanya burung merbuk. Pertandingan ini telah lama dimulakan di negeri Perlis semenjak dari tahun 1960 lagi. Pertandingan peringkat ASEAN bermula pada tahun 1991. Negara-negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia dan Singapura turut menyertai pertandingan ini yang dapat menyumbangkan pertumbuhan industri pelancongan negeri Perlis. Suara dan siulan burung mengambil tempat yang utama di rumah-rumah para peminat burung. Sangkar-sangkar burung bergantungan di tengah rumah, ditepi jendela,di serambi atau balai. Para peminat burung akan berulang-alik ke hutan sehingga dinihari memikat burung.


Ikan



Seterusnya kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.
Satu lagi fenomena terbaru yang melanda di Malaysia ialah pertandingan ikan laga atau ikan hiasan. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis dan bentuk ekor ikan laga. Tetapi pada kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai beberapa jenis bentuk ekor ikan laga yang biasanya dipertandingkan. Antaranya ialah: 

Halfmoon (HM)

Halfmoon merupakan antara jenis yang paling diminati ramai. Ekornya yang panjang dengan bukaan 180 darjah kelihatan seolah-olah seperti separa bulan. Halfmoon merupakan antara ikan laga yang mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana Halfmoon yang berkualiti agak sukar untuk dihasilkan. Halfmoon yang berkualiti sekurang-kurangnya mestilah mempunyai ekor yang semetri dengan bukaan ekor belakang tidak kurang dari 180 darjah





Plakat (PK)

Plakat merujuk kepada ikan laga berekor pendek. Secara amnya terdapat dua jenis plakat untuk pertandingan iaitu Traditional Show Plakat dan Modern Show Plakat. Kedua-dua jenis plakat ini mestilah mempunyai ekor belakang berbentuk ‘D’ dan sekurang-kurangnya 180 darjah. Bagi Traditional Show Plakat, ikan jenis ini biasanya mengekalkan ciri-ciri asli ikan laga. Contohnya bucu ekor belakang berbentuk bulat (tidak tajam) dan ekor bawah berbentuk trepezod. Selain itu ciri Traditional Show Plakat yang utama adalah ekor belakang hanya mempunyai 2-4 tulang (rays) sahaja. Manakala Modern Show Plakat lebih kepada ikan laga yang menunjukkan cirri-ciri hasil dari pembenihan terpilih. Contohnya bucu ekor belakang yang tajam dan ekor yang lebih semetri. Modern Show Plakat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Plakat Semetri dan Plakat Tidak Semetri.






Crowntail (CT)

Crowntail merupakan ikan laga yang unik dan dalam kelasya yang tesendiri. Crowntail dikatakan berasal dari Indonesia. Di Indonesia ikan laga dikenali dengan panggilan Chupang. Crowntail merupakan ikan laga yang mempunyai ekor yang tajam dan bercabang. Walaupun bergitu, Crowntail yang berkualiti mestilah mempunyai ekor belakang dengan bukaan 180 darjah. Terdapat pelbagai jenis variasi pada ekor Crowntail berdasarkan jumlah tulang atau cabang yang dihasilkan. Antaranya ialah Single Ray, Double Ray, Double Double Ray dan King Crowntail




Doubletail (DT)

Doubletail merujuk kepada ikan laga yang mempunyai belahan pada ekor belakang. Dalam erti kata lain, ikan ini seolah-olah mempunyai dua ekor belakang. Walaupun bergitu, Doubletail yang baik mestilah mempuyai ekor belakang 180 darjah dan belahan tengah yang dalam dan semetri. Doubletail boleh muncul dalam pelbagai variasi seperti Doubletail Halfmoon (DTHM), Doubletail Plakat (DTPK) dan Doubletail Crowntail (DTCT)






 Iguana




Iguana termasuk dalam golongan haiwan reptilia. Walaupun anggota badan reptilia ini tidak terlalu besar dibandingkan dengan komodo dan biawak, iguana memiliki kuku yang  tajam. kuku ini  digunakan ketika memanjat. Iguana biasanya  tinggal di kawasan  berbatu dan berbukit. Jadi berhati-hatilah jika ingin memegang atau mendukung iguana kerana iguana akan mencakar jika mereka berasa terancam. Iguana  termasuk dalam kategori haiwan herbivor. Reptilia ini suka makan sayuran hijau dan buah-buahan. Iguana boleh ditempatkan  di dalam sangkar dan mestilah mempunyai tempat persembunyian.



Hamster




Perkataan hamster berasal dari kata kerja pada bahasa Jerman hamstern yang maksudnya menggiring atau menyingkirkan. Hamster mampu tidur dalam waktu yang lama ketika suhu rendah atau menerima sedikit cahaya. Hamster adalah binatang yang pandai melarikan diri. Binatang ini memiliki kemampuan untuk mengecilkan diri sehingga dapat masuk melalui lubang yang kecil, bahkan mampu melepasi jeriji kandang mereka yang kecil. Hamster juga boleh dikategorikan sebagai antara haiwan yang manja.
 

Arnab



Arnab ialah haiwan berbulu yang bentuknya seakan-akan kucing.  Arnab tidak berpeluh dan boleh  mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk. Haiwan ini mempunyai 28 batang gigi, 18 jari kaki( 8 jari kaki belakang dan 10 jari kaki hadapan). Kebiasaanya  arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh. Umur arnab yang tertua yang pernah direkodkan adalah 19tahun pada masa ia mati. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya dan haiwan ini juga tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya. Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi mampu menampung  janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama. Terdapat pelbagai jenis arnab yang terdapat di Malaysia antaranya Arnab Teddy Bear Pure, Arnab Anggora, Arnab Holland Lop dan sebagainya. 



Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. 

Haiwan peliharaan atau haiwan kesayangan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman dan untuk menggembirakan pemiliknya. Haiwan peliharaan paling popular ialah yang setia ataupun suka bermain-main, memikat perhatian, ataupun nyanyiannya. Haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan tekanan kepada pemiliknya yang suka bermain dengan haiwan.

Tuesday, December 27, 2011

Haiwan Perliharaan


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.

Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Haiwan-haiwan ini popular kerana menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai haiwan-haiwan peliharaan ini.

KUCING

Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.


Kucing Parsi
Kucing Siam

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU NOORFAUZIAH BAHADIM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Selamat datang ke blog ini. Blog ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai matapelajaran Sains Sekolah rendah yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada semua murid-murid. Diharap segala maklumat yang dipaparkan dapat membantu guru-guru dan murid-murid dalam memperbanyakkan ilmu mengenai sains.